Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir Dan Batin..Kullu 'Amin Wa Antum Bi Khair..

Khamis, 17 September 2009

Peraduan Tahlil

Tahniah kepada Sekolah Ugama Pusar Ulak, Brunei I kerana telah mendapat tempat kedua dalam peraduan Bertahlil sekolah-sekolah arab dan juga sekolah-sekolah ugama peringkat negara bagi tahun 1430H / 2009M. Peraduan ini berlangsung di sekolah Ugama Beribi, Brunei III. Tahniah sekali lagi..





#maaf..kualiti gambar kurang memuaskan

Ahad, 13 September 2009

Majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim

Alhamdulillah, sekolah ini telah mengadakan majlis khatam Al Quran bagi guru-guru sekolah ini, pembahagian juzuk Al Quran telah di sempurnakan oleh Guru kanan Al Quran cikgu Hjh Sadkiah bte Jali..Seramai 12 orang guru telah di berikan tugas untuk membaca setiap juzuk yang di berikan. Majlis khatam Al Quran bagi guru-guru Sekolah ugama Pusar Ulak telah diadakan pada 12hb September 2009 di dewan sekolah ugama Pusar Ulak. Di Majlis itu juga di teruskan dengan penyampaian derma anak yatim kepada 2 orang murid dari sekolah ini. Derma tersebut telah di sampaikan oleh Guru Besar Sekolah ugama Pusar Ulak, Cikgu Hjh Asiah Bte Haji Kalong. Dengan majlis khatam itu, maka berakhirlah sesi persekolahan bagi penggal ke 3 sekaligus murid-murid dan guru-guru menjalanai cuti persekolah bagi penggal ketiga sekaligus merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini, pihak sekolah ugama pusar ulak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Sekolah ini khasnya dan kepada seluruh umat Islam Amnya. Kullu 'Amin Wa Antum Bi Khair :)





more picture click here