Ahad, 6 Februari 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang 2010

Sekolah Ugama Pusar Ulak telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2010 masihi. Majlis tersebut diadakan di dewan besar Sekolah Rendah Pusar Ulak pada hari sabtu 17 muharram 1432 bersamaan 22 Januari 2011 Masihi.

Sekitar gambar sepanjang Majlis ::::








Assalamualaikum wbh..

Alhamdulillah sekolah ini telah melantik prefek-prefek bagi tahun 2011 yang mana acara penyerahan fail tugas dan tanggungjawab telah di adakan pada hari sabtu 10 Muharram 1432 hijrah bersamaan dengan 15 Januari 2011 masihi. Acara pada hari tersebut di mulakan dengan bacaan doa yang telah di bacakan oleh yang mulia Cikgu Mezlan Bin Haji Tahir di ikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah ugama Pusar Ulak, Cikgu Hjh Asiah Bte Haji kalong.
Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan telah terpilih dan layak untuk menyandang sebagai prefek sekolah. Di harap prefek-prefek akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan oleh pihak sekolah bagi membantu murid-murid sama ada dari segi pergaulan, pembelajaran dan sebagainya. Di akhir acara tersebut, semua prefek-prefek yang baru di lantik telah mengangkat sumpah taat setia yang di pimpin oleh ketua prefek yang di lantik. Pihak Sekolah mendoakan agar prefek-prefek dapat menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. والله أعلم بالصواب

Program Insyirah..


Assalamualaikum wbh..

Belum terlambat kiranya pihak sekolah mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 dan tahun baru masihi 2011. Alhamdulillah sekolah ugama pusar ulak pada tahun ini telah terpilih untuk menjalani satu program baru yang di perkenalkan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam, iaitu program Insyirah. Program ini adalah salah satu usaha pihak Jabaran Pengajian Islam untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah sekolah Ugama terutama sekali pelajaran Al Quran dan juga Bahasa Arab. Pada tahun ini Pihak Jabatan Pengajian Islam telah memasukkan mata pelajaran Bahasa Arab di dalam kurikulum pelajaran. Di Tahun pertama, bagi darjah pra dan 1 mata pelajaran Bahasa Arab akan di masukkan dalam period pembelajaran dan akan termasuk dalam peperiksaan. Dalam program insyirah ini murid-murid darjah 2 dan 3 yang biasanya hadir pada sesi kedua persekolahan(jam 3.30 petang) akan bersekolah mulai jam 1 30 petang hingga 4 30 petang. Murid-murid berkenaan akan menjalani program insyirah selepas waktu rehat iaitu pada jam 3.45 hingga 4.15 petang. Program Insyirah ini merangkumi pelajaran Bahasa Arab, asuhan budi, warisan 1 dan 2 serta hafazan dan hafalan. Di harap program Insyirah ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna demi melahirkan murid-murid yang celik serta matang dalam pembelajaran ugama di Negara Brunei Darussalam.