Sekitar gambar sepanjang Majlis ::::
Memaparkan catatan dengan label function. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label function. Papar semua catatan
Ahad, 6 Februari 2011
Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang 2010
Sekolah Ugama Pusar Ulak telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2010 masihi. Majlis tersebut diadakan di dewan besar Sekolah Rendah Pusar Ulak pada hari sabtu 17 muharram 1432 bersamaan 22 Januari 2011 Masihi.
Sekitar gambar sepanjang Majlis ::::









Sekitar gambar sepanjang Majlis ::::
Isnin, 25 Januari 2010
Perlantikan Prefek 1431H/2010M
Salam. Majlis Perlantikan Ahli Prefek baru dan juga angkat sumpah prefek-prefek baru bagi sesi 1431H / 2010M telah diadakan pada hari selasa 12hb Januari 2010 pada jam 2 30 petang. Majlis di mulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan di selajurkan dengan penyerahan fail dan juga lencana prefek. Penyerahan fail dan juga lencana telah di sempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Pusar Ulak, Cikgu Hjh Asiah Bte Haji Kalong..
Jumaat, 22 Januari 2010
Acara Penyampaian Hadiah
Alhamdulillah..sekolah ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2009 masihi dan juga di teruskan dengan penyampaian sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi pelajar darjah 6 tahun 2008. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan di hadiri oleh semua pelajar sekolah ini dan hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh Guru Besar Sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Asiah Bte Haji Kalong. Hadiah-hadiah juga turut di sampaikan oleh Guru kanan Pentadbiran, Cikgu Hjh Sinyor Bte Besar dan juga Guru Kanan Al Quran, Cikgu Hjh Sadkiah Bte Jali. Majlis tersebut telah di adakan di dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak. Majlis pada hari tersebut di mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan juga di selajurkan dengan doa selamat yang telah di bacakan oleh Guru Kanan Pentadbiran II, Cikgu Zambri Bin Haji Amba. Majlis itu juga di serikan dengan persembahan dari Murid-murid darjah Pra yang mempersembahkan nasyid yang berjudul "Rukun Iman". Majlis Berakhir dengan sempurnanya pada jam 3 30 petang.
Selasa, 12 Januari 2010
Majlis Penyampaian hadiah murid cemerlang dan Sijl SSSRU
Di maklumkan kepada semua murid-murid Sekolah Ugama Pusar Ulak bahawa majlis penyampaian hadiah murid cemerlang bagi murid-murid bagi tahun 2009 dan penyampaian sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi murid-murid darjah 6 tahun 2008 akan di adakan pada:Hari : Khamis
Jam : 2.00 petang hingga 5 00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Brunei I
Oleh yang demikian, semua murid-murid sesi akhir iaitu murid-murid darjah II dan III adalah di kehendaki hadir awal ke sekolah iaitu pada jam 1 30 petang dan akan balek pada jam 3 30 petang. manakala bagi murid-murid rendah atas (darjah IV, V dan VI) akan balek pada jam 4 30 petang. Di harap murid-murid akan dapat memaklumkan kepada ibu bapa dan juga penjaga untuk mengantar dan mengambil pada jam-jam yang telah di tetapkan.
Khamis, 15 Oktober 2009
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sekolah ini telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri di kelas masing-masing. Kemesraan murid-murid memang dapat di rasakan di mana murid-murid telah mempersembahkan nyanyian lagu-lagu hari raya di kelas masing-masing. Guru kanan pentadbiran, guru kanan akademik dan juga guru kanan Al Quran di tugaskan untuk membuat lawatan sambil beraya di kelas pelajar-pelajar yang bermula dari darjah pra hingga darjah 6.



















Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :) salam..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin :) salam..
Langgan:
Catatan (Atom)






























