Memaparkan catatan dengan label makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makluman. Papar semua catatan

Ahad, 6 Februari 2011






Assalamualaikum wbh..

Alhamdulillah sekolah ini telah melantik prefek-prefek bagi tahun 2011 yang mana acara penyerahan fail tugas dan tanggungjawab telah di adakan pada hari sabtu 10 Muharram 1432 hijrah bersamaan dengan 15 Januari 2011 masihi. Acara pada hari tersebut di mulakan dengan bacaan doa yang telah di bacakan oleh yang mulia Cikgu Mezlan Bin Haji Tahir di ikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah ugama Pusar Ulak, Cikgu Hjh Asiah Bte Haji kalong.
Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan telah terpilih dan layak untuk menyandang sebagai prefek sekolah. Di harap prefek-prefek akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan oleh pihak sekolah bagi membantu murid-murid sama ada dari segi pergaulan, pembelajaran dan sebagainya. Di akhir acara tersebut, semua prefek-prefek yang baru di lantik telah mengangkat sumpah taat setia yang di pimpin oleh ketua prefek yang di lantik. Pihak Sekolah mendoakan agar prefek-prefek dapat menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. والله أعلم بالصواب

Program Insyirah..


Assalamualaikum wbh..

Belum terlambat kiranya pihak sekolah mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 dan tahun baru masihi 2011. Alhamdulillah sekolah ugama pusar ulak pada tahun ini telah terpilih untuk menjalani satu program baru yang di perkenalkan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam, iaitu program Insyirah. Program ini adalah salah satu usaha pihak Jabaran Pengajian Islam untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah sekolah Ugama terutama sekali pelajaran Al Quran dan juga Bahasa Arab. Pada tahun ini Pihak Jabatan Pengajian Islam telah memasukkan mata pelajaran Bahasa Arab di dalam kurikulum pelajaran. Di Tahun pertama, bagi darjah pra dan 1 mata pelajaran Bahasa Arab akan di masukkan dalam period pembelajaran dan akan termasuk dalam peperiksaan. Dalam program insyirah ini murid-murid darjah 2 dan 3 yang biasanya hadir pada sesi kedua persekolahan(jam 3.30 petang) akan bersekolah mulai jam 1 30 petang hingga 4 30 petang. Murid-murid berkenaan akan menjalani program insyirah selepas waktu rehat iaitu pada jam 3.45 hingga 4.15 petang. Program Insyirah ini merangkumi pelajaran Bahasa Arab, asuhan budi, warisan 1 dan 2 serta hafazan dan hafalan. Di harap program Insyirah ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna demi melahirkan murid-murid yang celik serta matang dalam pembelajaran ugama di Negara Brunei Darussalam.

Selasa, 30 November 2010

selamat bercuti

selamat bercuti kepada semua murid-murid Sekolah Ugama Pusar Ulak, Brunei I..manfaat kan cuti sekolah ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat..semoga kita akan berjumpa lagi pada pembukaan sekolah tahun 2011..

Selasa, 19 Oktober 2010

Jadwal Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Dengan penuh hormatnya, sukacita dimaklumkan kepada ibubapa / penjaga murid berhubung dengan perkara di atas sebagaimana memo daripada pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bertarikh 24Hb Februari 2010M rujukkan : UUSU/2 (24) /07 yang mana peperiksaan tersebut akan dijalankan pada tarikh yang dinyatakan di bawah ini.

Bil

Darjah

Tarikh Peperiksaan

1

PRA

Pada 20.10.2010M hingga 21.10.2010

2

I

Pada 23.10.2010M hingga 25.10.2010

3

II & III

Pada 23.10.2010M hingga 26.10.2010

4

IV & V

Pada 27.10.2010M hingga 01.11.2010

Sehubungan dengan itu bagi Murid-Murid Dh II dan III dikehendaki hadir kesekolah pada jam 1.30 Ptg dan balik setelah selesai jam peperiksaan.

i. JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS BAGI DARJAH PRA

TARIKH

DARJAH

PELAJARAN

MASA

JAM

19/05/2010

(RABU)

PRA

ASUHAN AGAMA

½ JAM

2.00 – 2.30 PTG

PRA

TULISAN JAWI

½ JAM

2.40 – 3.10 PTG

20/05/2010

(KHAMIS)

PRA

RENCANA JAWI

½ JAM

2.00 – 2.30 PTG

*PERINGATAN : Murid-murid dh Pra adalah tidak dikehendaki hadir kesekolah pada masaDh I-VI menjalani peperiksaan (tarikh 22/05/2010 hingga 02/06/2010M) kerana bilik darjah tidak mencukupi semasa peperiksaan dijalankan .

Sekian harap maklum diatas kerjasama dan perhatian pehak tuan/puan tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih.

Jumaat, 13 November 2009

ceramah motivasi


Sekolah Ugama Pusar Ulak akan mengadakan ceramah motivasi bagi murid-murid darjah IV sebelum mereka menghadapi peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi tahun 1430H bersamaan 2009M. Majlis tersebut akan di adakan di dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Jalan Dato Haji Basir pada 14hb November 2009, jam 2.15 petang. Semua murid-murid di alu2kan hadir bagi menambah ilmu serta menaikkan lagi keyakinan sebelum menempuhi peperiksaan yang akan datang.sekian untuk makluman guru-guru dan murid-murid.

Allah Berfirman yang bermaksud:
“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11)

facebook


Salam. kepada semua murid-murid yang ada terdapat facebook, sila add facebook sekolah. untuk mengetahui akaun facebook sekolah Ugama Pusar Ulak, Brunei I.. Sila Klik di sini.. Terima kasih

Rabu, 28 Oktober 2009

CUTI HARI GURU

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA MURID-MURID, PADA 5HB NOVEMBER 2009 BAHAWA SEMUA MURID-MURID DI SELURUH BRUNEI DARUSSALAM ADALAH DI CUTIKAN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGARA BARU TAHUN 2009M / 1430H. SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI SEKOLAH UGAMA PUSAR ULAK KHASNYA DAN KEPADA SEMUA GURU-GURU DI SELURUH BRUNEI AMNYA. MOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANKAN DAN MENGAJARKAN ILMU DAN PENGAJARAN YANG BERGUNA UNTUK PEGANGAN ANAK BANGSA KITANI. SALAM

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN KEPADA SEMUA MURID-MURID DI SEKOLAH UGAMA PUSAR ULAK, BRUNEI I. BAGI MURID-MURID PRA PEPERIKSAAN AKAN BERMULA PADA 24 DAN 26HB OKTOBER 2009. MANAKALA MURID-MURID DARJAH I, II DAN III BERMULA PADA 27HB OKTOBER SEHINGGA 29HB OKTOBER 2009, MANAKALA MURID-MURID DARJAH IV DAN V BERMULA PADA 31HB OKTOBER SEHINGGA 4HB NOVEMBER 2009. SEMOGA SEMUA MURID-MURID DAPAT MENJAWAB KERTAS SOALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR. KEPADA SEMUA MURID-MURID DARJAH PRA, MURID-MURID HANYA AKAN BERSEKOLAH PADA 7HB NOVEMBER 2009. MURID-MURID PRA DI CUTIKAN KERANA BILIK DARJAH DI SEKOLAH INI TIDAK MENCUKUPI MEMANDANGKAN MURID-MURID DARI SESI AKHIR DI KEHENDAKI DATANG PADA JAM 2.00 PETANG. SELAMAT MAJU JAYA PADA SEMUA MURID-MURID. BITTAUFIK WANNAJAH.SALAM.

Rabu, 19 Ogos 2009

Persekolahan Di Bulan Ramadhan

Adalah di maklumkan kepada semua warga sekolah dan juga murid-murid Sekolah Ugama Pusar Ulak bahawa waktu persekolahan bagi murid-murid darjah 4,5 dan 6 adalah bermula dari jam 12.30 hingga 2 petang. Manakala bagi murid-murid rendah bawah dari darjah pra,1,2 dan 3 adalah di cutikan di sepanjang bulan ramadhan ini. Bagi guru-guru pula, jam datang ke sekolah adalah jam 12 hingga jam 3 petang. Di ucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa dan semoga puasa kita semua di terima oleh Allah Subhanahu Wa Taala..Amin..

Peperiksaan Lisan SSSRU 2009


Di Ucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan Lisan SSSRU bagi murid-murid darjah 6 Sekolah Ugama Pusar Ulak. Moga dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang. Semoga Semua murid-murid lulus dalam peperiksaan ini nanti. Amin...

Isnin, 10 Ogos 2009

ujian bertulis kali kedua


Insyallah..ujian bertulis kali kedua akan di adakan pada :

bagi rendah bawah(Dh 1,2 dan 3) :

pada: 17,18 dan 19hb Ogos 2009

bagi rendah atas (dh 4 dan 5) :

pada : 24,25,26,27,29,31hb ogos disambung lagi pada 1 dan 2 September 2009

sekian harap maklum