Ahad, 6 Februari 2011

Program Insyirah..


Assalamualaikum wbh..

Belum terlambat kiranya pihak sekolah mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 dan tahun baru masihi 2011. Alhamdulillah sekolah ugama pusar ulak pada tahun ini telah terpilih untuk menjalani satu program baru yang di perkenalkan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam, iaitu program Insyirah. Program ini adalah salah satu usaha pihak Jabaran Pengajian Islam untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah sekolah Ugama terutama sekali pelajaran Al Quran dan juga Bahasa Arab. Pada tahun ini Pihak Jabatan Pengajian Islam telah memasukkan mata pelajaran Bahasa Arab di dalam kurikulum pelajaran. Di Tahun pertama, bagi darjah pra dan 1 mata pelajaran Bahasa Arab akan di masukkan dalam period pembelajaran dan akan termasuk dalam peperiksaan. Dalam program insyirah ini murid-murid darjah 2 dan 3 yang biasanya hadir pada sesi kedua persekolahan(jam 3.30 petang) akan bersekolah mulai jam 1 30 petang hingga 4 30 petang. Murid-murid berkenaan akan menjalani program insyirah selepas waktu rehat iaitu pada jam 3.45 hingga 4.15 petang. Program Insyirah ini merangkumi pelajaran Bahasa Arab, asuhan budi, warisan 1 dan 2 serta hafazan dan hafalan. Di harap program Insyirah ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna demi melahirkan murid-murid yang celik serta matang dalam pembelajaran ugama di Negara Brunei Darussalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan