Sabtu, 15 Mei 2010

penerbangan terakhir


Bila kita akan berangkat dari alam ini, ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosour penerbangan, tetapi melalui Al Quran dan Al Hadith... di mana penerbangannya bukannya melalui Royal Brunei,Air Asia, atau Emirates dll... tetapi Al jenazah.

Bagasi atau bekalan bukan lagi seberat 20kg atau 23 kg, tetapi amalan yg tiada caj lebihan berat, hanya ianya atas kesudian Pencipta kita.

Pakaian yg dipakai bukan lagi berjenama spt pierre Cardin atau setaraf dengannya....tetapi kain putih cotton. Pewangi nya pula bukan Channel, bukan Este Lauder...tetapi air mawar dan cendana.

Paspot kita bukan lagi pasppt Brunei, British atau Amerika, tetapi Al Islam...Visa kita bukan lg 6 bulan tapi Lailahaillallah..pelayanny
a bukan pramugari jelita tapi Izrael dll...dalam penerbangan ini tidak ada std ekonomi class atau biz class...destinasi pendaratan bukan lagi Brunei International Airport, KLIA, Heathrow airport, atau Jeddah international....tetapi tanah perkuburan, di mana ruang menuggunya bukan lagi bilik aircond berpermaidani ...tapi bilik 4x6 kaki yg gelap gelita..lagi panas.
pegawai imegresan nya adalah munkar dan nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yg diidamkan, tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan ...lapangan terbang transitnya adalah barzakh..destinasi terakhir nanti samada Syurga yg mengalir sungai di bawahnya, atau neraka jahannam...

Penerbanagan ini tidak dinyatakan nilainya, ianya percuma, jadi simpanan (saving) anda tidak akan dihabiskan, penerbangan ini tidak akan di rampas, oleh itu tak perlu bimbang.

Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tidak perlu risaukan masalah alergi atau halal haramnya. jangan risaukan delay...penerbangan ini sentiasa tepat waktunya. Ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
...
jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan-anda telah hilang selera utk bersuka2...Jangan bimbang tentang tempahan , ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu...
Berita baik, jangan bimbang siapa yang duduk disebelah anda, anda satu2nya penumpang penerbangan ini, oleh itu begembiralah selagi boleh dan sekiranya anda boleh...hanya ingat penerbangan ini dtg tanpa amaran cuma ingat nama anda telah cnfirm' dalam penempahan...

Sabtu, 20 Februari 2010

Cium Anak Pun Dapat Pahala

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya;
“Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”

Jawab baginda;
“Berbaktilah kepada ibu bapamu.”

Kata lelaki itu lagi;
“Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW;
“Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Rahmat Allah itu berada dimana-mana meskipun dimana sahaja kita berada. Untuk meraih rahmat Allah itu kita hendaklah mensyukuri diatas apa yang telah di kurniakan kepada kita.
Kerana itu adalah merupakan nikmat dari Allah yakni keberkatan dari Allah. Oleh itu anak merupakan anugerah terbesar dari Allah untuk kita mengolahkannya manjadi seorang yang beriman..

Wallahua'lam....

Isnin, 25 Januari 2010

Perlantikan Prefek 1431H/2010M




Salam. Majlis Perlantikan Ahli Prefek baru dan juga angkat sumpah prefek-prefek baru bagi sesi 1431H / 2010M telah diadakan pada hari selasa 12hb Januari 2010 pada jam 2 30 petang. Majlis di mulakan dengan bacaan surah Al Fatihah dan di selajurkan dengan penyerahan fail dan juga lencana prefek. Penyerahan fail dan juga lencana telah di sempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Pusar Ulak, Cikgu Hjh Asiah Bte Haji Kalong..




Jumaat, 22 Januari 2010

janggut..



Soalan:
Saya musykil dengan suatu perkara. Betulkah lelaki wajib menyimpan janggut? dan sejauh manakah hukumnya? Esyam Wadi

Jawapan:
Ada Ulama yang berpendapat bahawa hukum menyimpan janggut adalah sunat dan ada yang mengatakan, ia adalah wajib.

Tetapi, pendapat yang paling jelas ialah wajib. Ini kerana, terdapat dalil sahih daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya,

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.” - Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, anda dinasihatkan supaya mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Hukum menyimpan janggut adalah wajib bagi lelaki. Tetapi, terdapat ulama yang menyatakan sunat. Dengan alasan, ia hanya perbuatan Rasulullah s.a.w.

Hujah ini tidak jelas kerana terdapat dalil yang banyak daripada hadis Rasulullah s.a.w yang menyamakan seseorang Muslim yang tidak menyimpan janggut dengan suatu kaum yang lain.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak menyimpan janggut. Oleh itu, anda tidak boleh menyerupai mereka. Ini salah satu daripada tatacara kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia adalah daripada kalangan mereka.”- Hadis riwayat Ahmad.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibn Taimiyyah berkata:

“Haram jika memotong janggut (mencukur janggut). Terdapat dalil daripada al-Quran, Sunnah dan ijmak mengenai larangan meniru gaya orang-orang kafir. Meniru gaya hidup dan akhlak mereka adalah satu perkara yang keji dan termasuk dalam akidah seseorang itu. ”

Imam Ibn Abdul Bar dalam Kitab al-Tamhid:

“Haram mencukur janggut. Jangan lakukannya kecuali Khunsa (yang mempunyai dua kemaluan) daripada lelaki.”

Seseorang yang mencukur janggut seolah-olah meniru gaya perempuan. Inilah yang membezakan antara lelaki dan perempuan. Menyimpan janggut adalah syiar Islam. Ia adalah akhlak para nabi dan orang-orang yang soleh.

Ia adalah salah satu kemuliaan dan penghargaan kepada lelaki. Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sebagai seorang Muslim, kita tidak digalakkan menyoal atau menafikan sesuatu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah, setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w adalah perintah dari ALLAH. Perintah ini bersifat Tauqifi, iaitu sesuatu yang perlu diterima tanpa mempersoalkannya.

Cuba anda teliti kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Terlalu mudah untuk kita praktikan dalam hidup. Tidak ada yang menyusahkan diri jika kita terima sesuatu yang disampaikan itu menetapi apa yang ALLAH dan Rasulullah s.a.w tetapkan.

Oleh itu, bertakwalah mengikut kemampuan anda. Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w yang membawa kepada hukum yang wajib. Ikutilah sunnah baginda, anda akan bahagia di dunia dan akhirat.

والله وأعلم بالصواب

Kencing Berdiri

Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.

Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.

Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.

[Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).]

Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.


Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.

Acara Penyampaian Hadiah

Alhamdulillah..sekolah ini telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2009 masihi dan juga di teruskan dengan penyampaian sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi pelajar darjah 6 tahun 2008. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dengan di hadiri oleh semua pelajar sekolah ini dan hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh Guru Besar Sekolah ini iaitu Cikgu Hjh Asiah Bte Haji Kalong. Hadiah-hadiah juga turut di sampaikan oleh Guru kanan Pentadbiran, Cikgu Hjh Sinyor Bte Besar dan juga Guru Kanan Al Quran, Cikgu Hjh Sadkiah Bte Jali. Majlis tersebut telah di adakan di dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak. Majlis pada hari tersebut di mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan juga di selajurkan dengan doa selamat yang telah di bacakan oleh Guru Kanan Pentadbiran II, Cikgu Zambri Bin Haji Amba. Majlis itu juga di serikan dengan persembahan dari Murid-murid darjah Pra yang mempersembahkan nasyid yang berjudul "Rukun Iman". Majlis Berakhir dengan sempurnanya pada jam 3 30 petang.
penerima-penerima sijil SSSRU 2008

for more picture..sila lihat dalam facebook sekolah ini. syukran.. Salam

Selasa, 12 Januari 2010

Majlis Penyampaian hadiah murid cemerlang dan Sijl SSSRU

Di maklumkan kepada semua murid-murid Sekolah Ugama Pusar Ulak bahawa majlis penyampaian hadiah murid cemerlang bagi murid-murid bagi tahun 2009 dan penyampaian sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi murid-murid darjah 6 tahun 2008 akan di adakan pada:

Hari : Khamis
Jam : 2.00 petang hingga 5 00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Brunei I

Oleh yang demikian, semua murid-murid sesi akhir iaitu murid-murid darjah II dan III adalah di kehendaki hadir awal ke sekolah iaitu pada jam 1 30 petang dan akan balek pada jam 3 30 petang. manakala bagi murid-murid rendah atas (darjah IV, V dan VI) akan balek pada jam 4 30 petang. Di harap murid-murid akan dapat memaklumkan kepada ibu bapa dan juga penjaga untuk mengantar dan mengambil pada jam-jam yang telah di tetapkan.