Rabu, 23 Disember 2009

Tahun Baru Masihi

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan. Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala. Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.
Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :



عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].
Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama


Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :
لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.


Kelima : Qaul Sahabat

قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik..Marilah kita sama-sama mempertahankan agama Allah di muka bumi Brunei ini demi mengelakan ditimpa bala dan juga musibah yang tidak di ingini. Laburlah wang dan juga harta benda kita di jalan yang di redhai Allah.salam..