Sabtu, 28 November 2009

Adab mendengar Azan



ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.'Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah..' semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin..'

Rabu, 25 November 2009

Perpisahan...

Salam..dimana ada pertemuan di situ ada perpisahan..Lagu ini khas di tujukan buat semua murid-murid Darjah VI Sekolah Ugama Pusar Ulak yang akan menamatkan persekolahan ugama pada tahun ini. Diharap dapat meneruskan perjuangan sebagai mujjahid di jalan Allah. Moga apa sahaja pembelajaran yang kamu dapati dari Sekolah Ugama ini dapat kamu manfaatkan dimasa-masa akan datang. Anggaplah perpisahan sementara ini sebagai pembakar semangat kamu untuk berjuang mendapatkan ilmu, baik ilmu duniawi mahupun ilmu Ukhrawi. Guru-guru di Sekolah ini akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Terimalah lagu Perpisahan ini sebagai tanda ingatan sekolah ini kepada kamu semua.



DOA PERPISAHAN

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

SELAMAT BERJIHAD DI JALAN ALLAH. MOHON LAH LIMPAH DAN RAHMAT DARI ALLAH SERTA MOHON SYAFAAT NABI MUHAMMAD S.A.W. Salam....

Siapakah???


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Rabu, 18 November 2009

Memberi SALAM

Untuk renungan dan pengajran kita bersama. Janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna shortform ‘Akum’ dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang yang bukan Yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘AVDE KOKHAVIM U MAZZOLAT’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’ . Mulai dari sekarang jika ada orang hantar shorform ‘AKUM’, kita ingatkan dia guna ‘SALAM’ kerana salam ialah dari perkataan ‘ASSALAMUALAIKUM’. Semoga ada manfaatnya. salam..

rakusnya manusia


snuffxdotcomabandonedbag.jpgsnuffxdotcomabandonedba.jpg
snuffxdotcomabandonedbak.jpgsnuffxdotcomabandonedba.jpg snuffxdotcomabandonedbam.jpg
snuffxdotcomabandonedbal.jpg
snuffxdotcomabandonedbac.jpg
snuffxdotcomabandonedba.jpgsnuffxdotcomabandonedbaf.jpg
snuffxdotcomabandonedbap.jpgsnuffxdotcomabandonedba.jpg

Kesudahan yg terhina bagi pelakunya....bermula dgn maksiat
diakhiri dgn kekejaman...... INGATLAH KAWAN2 buat baik dibalas
baik dan sebaliknya, walaupun terlanjur tersesat jalan masih ada
jln penyelesaian terbaik. Terlebih baik malu seketika dari dihina
selamanya. Insafilah diri sendiri...ke mana arah kita.
ingat lh wahai manusia

Jumaat, 13 November 2009

ceramah motivasi


Sekolah Ugama Pusar Ulak akan mengadakan ceramah motivasi bagi murid-murid darjah IV sebelum mereka menghadapi peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi tahun 1430H bersamaan 2009M. Majlis tersebut akan di adakan di dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Jalan Dato Haji Basir pada 14hb November 2009, jam 2.15 petang. Semua murid-murid di alu2kan hadir bagi menambah ilmu serta menaikkan lagi keyakinan sebelum menempuhi peperiksaan yang akan datang.sekian untuk makluman guru-guru dan murid-murid.

Allah Berfirman yang bermaksud:
“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11)

facebook


Salam. kepada semua murid-murid yang ada terdapat facebook, sila add facebook sekolah. untuk mengetahui akaun facebook sekolah Ugama Pusar Ulak, Brunei I.. Sila Klik di sini.. Terima kasih