Rabu, 18 November 2009

Memberi SALAM

Untuk renungan dan pengajran kita bersama. Janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikum dengan Akum dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu kawan-kawan yang selalu sangat guna shortform ‘Akum’ dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang yang bukan Yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘AVDE KOKHAVIM U MAZZOLAT’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’ . Mulai dari sekarang jika ada orang hantar shorform ‘AKUM’, kita ingatkan dia guna ‘SALAM’ kerana salam ialah dari perkataan ‘ASSALAMUALAIKUM’. Semoga ada manfaatnya. salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan