Isnin, 15 Ogos 2011

Kelebihan Ramadhan


RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).

Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.

Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.

Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.

Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).

Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa :

  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Saad. Sabda Rasulullah s.a.w: Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.
  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: Puasa merupakan perisai. Dan daripada Usman bin Abi al-As, Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
  • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak.
  • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.
  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.
  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.

Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

#credit to : nurjeehan.hadithuna.com

Ahad, 6 Februari 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang 2010

Sekolah Ugama Pusar Ulak telah mengadakan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang bagi tahun 2010 masihi. Majlis tersebut diadakan di dewan besar Sekolah Rendah Pusar Ulak pada hari sabtu 17 muharram 1432 bersamaan 22 Januari 2011 Masihi.

Sekitar gambar sepanjang Majlis ::::








Assalamualaikum wbh..

Alhamdulillah sekolah ini telah melantik prefek-prefek bagi tahun 2011 yang mana acara penyerahan fail tugas dan tanggungjawab telah di adakan pada hari sabtu 10 Muharram 1432 hijrah bersamaan dengan 15 Januari 2011 masihi. Acara pada hari tersebut di mulakan dengan bacaan doa yang telah di bacakan oleh yang mulia Cikgu Mezlan Bin Haji Tahir di ikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah ugama Pusar Ulak, Cikgu Hjh Asiah Bte Haji kalong.
Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan telah terpilih dan layak untuk menyandang sebagai prefek sekolah. Di harap prefek-prefek akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan oleh pihak sekolah bagi membantu murid-murid sama ada dari segi pergaulan, pembelajaran dan sebagainya. Di akhir acara tersebut, semua prefek-prefek yang baru di lantik telah mengangkat sumpah taat setia yang di pimpin oleh ketua prefek yang di lantik. Pihak Sekolah mendoakan agar prefek-prefek dapat menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab. والله أعلم بالصواب

Program Insyirah..


Assalamualaikum wbh..

Belum terlambat kiranya pihak sekolah mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1432 dan tahun baru masihi 2011. Alhamdulillah sekolah ugama pusar ulak pada tahun ini telah terpilih untuk menjalani satu program baru yang di perkenalkan oleh pihak Jabatan Pengajian Islam, iaitu program Insyirah. Program ini adalah salah satu usaha pihak Jabaran Pengajian Islam untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah sekolah Ugama terutama sekali pelajaran Al Quran dan juga Bahasa Arab. Pada tahun ini Pihak Jabatan Pengajian Islam telah memasukkan mata pelajaran Bahasa Arab di dalam kurikulum pelajaran. Di Tahun pertama, bagi darjah pra dan 1 mata pelajaran Bahasa Arab akan di masukkan dalam period pembelajaran dan akan termasuk dalam peperiksaan. Dalam program insyirah ini murid-murid darjah 2 dan 3 yang biasanya hadir pada sesi kedua persekolahan(jam 3.30 petang) akan bersekolah mulai jam 1 30 petang hingga 4 30 petang. Murid-murid berkenaan akan menjalani program insyirah selepas waktu rehat iaitu pada jam 3.45 hingga 4.15 petang. Program Insyirah ini merangkumi pelajaran Bahasa Arab, asuhan budi, warisan 1 dan 2 serta hafazan dan hafalan. Di harap program Insyirah ini akan berjalan dengan lancar dan sempurna demi melahirkan murid-murid yang celik serta matang dalam pembelajaran ugama di Negara Brunei Darussalam.

Selasa, 30 November 2010

selamat bercuti

selamat bercuti kepada semua murid-murid Sekolah Ugama Pusar Ulak, Brunei I..manfaat kan cuti sekolah ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat..semoga kita akan berjumpa lagi pada pembukaan sekolah tahun 2011..

Selasa, 19 Oktober 2010

Jadwal Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Dengan penuh hormatnya, sukacita dimaklumkan kepada ibubapa / penjaga murid berhubung dengan perkara di atas sebagaimana memo daripada pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bertarikh 24Hb Februari 2010M rujukkan : UUSU/2 (24) /07 yang mana peperiksaan tersebut akan dijalankan pada tarikh yang dinyatakan di bawah ini.

Bil

Darjah

Tarikh Peperiksaan

1

PRA

Pada 20.10.2010M hingga 21.10.2010

2

I

Pada 23.10.2010M hingga 25.10.2010

3

II & III

Pada 23.10.2010M hingga 26.10.2010

4

IV & V

Pada 27.10.2010M hingga 01.11.2010

Sehubungan dengan itu bagi Murid-Murid Dh II dan III dikehendaki hadir kesekolah pada jam 1.30 Ptg dan balik setelah selesai jam peperiksaan.

i. JADUAL PEPERIKSAAN BERTULIS BAGI DARJAH PRA

TARIKH

DARJAH

PELAJARAN

MASA

JAM

19/05/2010

(RABU)

PRA

ASUHAN AGAMA

½ JAM

2.00 – 2.30 PTG

PRA

TULISAN JAWI

½ JAM

2.40 – 3.10 PTG

20/05/2010

(KHAMIS)

PRA

RENCANA JAWI

½ JAM

2.00 – 2.30 PTG

*PERINGATAN : Murid-murid dh Pra adalah tidak dikehendaki hadir kesekolah pada masaDh I-VI menjalani peperiksaan (tarikh 22/05/2010 hingga 02/06/2010M) kerana bilik darjah tidak mencukupi semasa peperiksaan dijalankan .

Sekian harap maklum diatas kerjasama dan perhatian pehak tuan/puan tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih.

Isnin, 12 Julai 2010

Kelebihan Sya'aban


Saiditina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada
segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih

mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."